- Menyemai dan memupuk minat belajar yang tinggi dan berkekalan dalam kalangan murid sekolah ini.
- Menimbulkan kesedaran bahawa murid sekolah ini adalah aset yang besar bagi negara dan ia adalah harta yang tinggi nilainya untuk masa depan Negara.
- Mewujudkan golongan pelajar yang peka dengan perubahan.
- Menanam nilai yang tinggi terhadap kejayaan dan kecemerlangan.
- Meningkatkan kecekapan dalam bidang kemahiran pembelajaran dalam kalangan murid.
- Meningkatkan pencapaian akademik dan bukan akademik.
- Meningkatkan kebolehan dan pencapaian ‘Daya Fikir’ dalam kemahiran menerima ilmu di kalangan murid supaya menjadi seorang individu yang berpelajaran dan tahu menggunakan ilmu.
- Memupuk dan menyubur minat murid-murid terhadap seni dan kebudayaan.
- Memelihara keadaan masyarakat yang harmoni, bersatu padu dan taat setia seperti yang termaktub dalam Rukun Negara.
- Menambah bilangan murid yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.
- Menjadikan sekolah ini sebuah sekolah yang mempunyai kelengkapan yangmaksima dalam bidang pembelajaran dan pengajaran.
- Menjadikan sekolah ini sekolah yang mendapat kejayaan yang tinggi dalam segala bidang kegiatan kurikulum dan kokurikulum.
- Mewujudkan suasana kekeluargaan di kalangan murid dan guru serta kakitangan sekolah.
- Mewujudkan suasana sekolah yang segar, menarik dan sihat.
- Mewujudkan kerjasama dan perhubungan yang erat dengan anggota masyarakat setempat berdasarkan bahawa “Sekolah Adalah Institusi Masyarakat”.
OBJEKTIF SEKOLAH
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment