Sekolah Kebangsaan Bangol Pa’ Esah terletak di kawasan perkampungan Daerah Pasir Puteh yang bergeografikan kawasan sawah padi dan kawasan berbukit. Sekolah ini terletak 20 KM dari Bandar Pasir Puteh. Sekolah ini juga menempatkan dirinya di tengah-tengah perkampungan Melayu berhampiran dengan Pekan Selising.
Sejarah awal Sekolah Kebangsaan Bangol Pa’ Esah dibina dan ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1961 iaitu 4 tahun selepas Merdeka. Struktur pembinaan asal bangunan ini masih kekal sehingga sekarang. Penambahbaikkan sentiasa dibuat bagi memberi ruang pembelajaran dan pengajaran yang kondusif untuk keselesaan murid-murid dan para guru.
Sekolah Kebangsaan Trusan yang masih berdiri megah dari zaman dahulu hingga sekarang bertapak di Kampung Banggol Pa’ Esah dan bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Banggol Pa’ Esah.
.
Setiap penubuhan pasti ada pengasasnya, begitu juga dengan sekolah ini. Guru yang pertama mengajar dan mengasas sekolah ini pada tahun 1961 adalah Cikgu Md Noor Bin Awang. Pertambahan guru berlaku dari tahun ke tahun. Namun kebanyakannya jumlah guru di satu-satu masa di Sekolah ini adalah hanya berjumlah 25 hinggga ke 35 orang guru.
Antara senarai beberapa orang guru yang pernah berkhidmat pada suatu ketika dahulu dari sekitar Tahun 1961 hingga 1999 adalah seperti di bawah:-
Cikgu Md Noor Bin Mamat - Guru Besar
Cikgu Md Noor Bin Awang - Guru Besar
Cikgu Hj Yunus Bin Hassan
Cikgu Hj Ab Rahman Bin Saat
Cikgu Wan Ibrahim Bin Wan Omar - PK 1
Cikgu Hj Abd Hadi Bin Hj Ab Mutallib - PK 2
Cikgu Sayuti Bin Che Aman - PK KO
Cikgu Hj Ghazali Bin Hassan - PK KO
Cikgu Zakari Bin Ab Rahman - PK KO
Cikgu Mohd Nawawi Bin Maji - PK 1
Cikgu Mat Jusob Bin Ab Wahab - PK 2
Cikgu Mustafa Bin Yunus - PK KO
Cikgu Ma Dahwi Bin Ya - PK 1
Cikgu Radziah Binti Md Nor - PK KO
Cikgu Azlan Bin Ramli - PK KO/ PK 2
Cikgu Mat Jusob Bin Ab Wahab - PK 1
Cikgu Hjh Meriam Binti Hj Che Mat - PK KO
Guru Besar Sekolah ini silih berganti mengikut peredaran masa dan waktu. Berikut adalah senarai Guru Besar yang pernah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Banggol Pa’ Esah dari awal penubuhan sehinggalah sekarang.
SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SK BANGGOL PA’ ESAH
| Bil | Nama Guru Besar | Tahun |
| 1 | En. Md Noor Bin Awang | 1960 – 1961 |
| 2 | En. Tn Hj Mat Bin Tn Musa | 1962 – 1967 |
| 3 | En. Mohamad Bin Ab Rahman | 1968 – 1973 |
| 4 | En. Hj Nik Mohamad Bin Hj Yunus | 1974 – 1987 |
| 5 | En. Hj Mohamad Bin Hj Ismail | 1988 – 1994 |
| 6 | En. Mohamad Nasir Bin Hj Ismail | 1994 – 2003 |
| 7 | En. Rosli Bin Abdul Rahman | 2003 – 2005 |
| 8 | En. Shamsudin Bin Mohd Nor | 2005 – 2007 |
| 9 | En. Tn Hj Mat Jusoh Bin Abd Wahab | 2007 – 2015 |
| 10 | En. Subri Bin Basiron | 2015 – 2016 |
| 11 | Pn Zurina Binti Ripin | 2016 |
| 12 | Pn Zaliha Binti Ismail | 2016 – Sekarang |
No comments:
Post a Comment